Dengan hormatnya saya ingin memberitahu bahawa jumlah wang terkumpul hasil sumbangan orang ramai kepada anak saya iaitu Muhammad Qawiem Ad-din sehingga ke tarikh ini ialah sebanyak RM 19, 580.00 (Ringgit Malaysia : Sembilan Belas Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Sahaja).
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbangs sekalian. Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan akan diberkati dan dilimpahkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak saya telah menerima sumbangan terkumpul hingga tarikh 10 September 2009 sebanyak RM 11,790.00 (Ringgit Malaysia : Sebelas Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja).
Jumlah sumbangan tersebut diperolehi melalui sumbangan tunai RM 2,000.00 oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Pembela dan bakinya RM 9,790.00 adalah melalui online ke akauan isteri saya.
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah menyumbang untuk membiayai kos rawatan barah otak anak saya Muhammad Qawiem Ad-Din.
Semoga Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda kepada semua penderma sekalian.
Gambar... Muhammad Qawiem Ad-Din amat disenangi oleh sesiapapun yang mengenalinya. Kelihatan cik Norsuhaniza Ahmad, Eksekutif Pemasaran sebuah syarikat swasta mendukung eratnya ketika keluarganya berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah memberi sumbangan membantu membiayai kos rawatan Muhammad Qawiem Ad-Din melalui akuan maybank isteri saya iaitu NORHASRINA BT MOHD NOR -- NO AKAUN 152068705183 baru-baru ini.
Berikut adalah sumbangan yang diperolehi :-
28 Ogos 2009 berjumlah RM 1200.00 29 Ogos 2009 berjumlah RM 440.00
Jumlah terkumpul keseluruhan sejak blog ini diperkenalkan ialah berjumlah RM 7320.00 tidak termasuk sejumlah RM 1590.00 yang telah digunakan untuk membiayai kos rawatan pada 26 Ogos 2009 lalu.
Gambar..YB Mohd Nasir Musttafa, Adun Kubang Rotan menyerahkan sumbangan dari jualan kupon kepada Ridzuan Musa, bapa Muhammad Qawiem Ad-Din.
Baru-baru ini di majlis berbuka puasa anjuran Urusetia Ihya Ramadhan PAS Kubang Pasu yang diadakan di Markaz PAS Teluk Malek, Jitra telah menyerahkan sumbangan kutipan jualan kupon bagi dana rawatan sakit barah otak adik Muhammad Qawiem Ad-Din.
Menurut Ridzuan Musa, bapa Muhammad Qawiem Ad-Din bahawa, pihaknya telah menerima sumbangan sebanyak RM 2000.00 di program tersebut yang disampaikan melalui YB Mohd Nasir Musatffa, Adun Kubang Rotan.
Katanya, sejak Pembela tampil membantu kami (suami-isteri)…. Alhamdulillah sedikit sebanyak telah dapat meringgankan bebanan kewangan yang ditanggung untuk membiayai kos rawatan anak kami”.
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menghulurkan bantuan kewangan kepada kami sekeluarga.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami (Pembela) telah dimaklumkan secara bertulis yang dikeluarkan oleh Jabatan Neurosurgeri, Hospital Pulau Pinang bahawa adik Muhammad Qawiem Ad-Din, anak saudara Ridzuan Musa telah membuat pemeriksaan kesihatan pada 25 Ogos 2009 (2 hari lalu). Berikut adalah butir-butir berhubung pemeriksaan kesihatan tersebut :-
Nama Pesakit: Muhammad Qawiem Ad-Din Bin Ridzuan
No. K/P: 051201-02-0113
Peralatan:1. Tissel 1ml : 1 Set
2. Duragen Plus 2x2 : 1 Pcs
Pembedahan: Posterior Fossa Craniectomy & Excision of Tumour
Jumlah Bayaran: RM 1,597.00
Ini bermakna, wang sumbangan terkumpul sebanyak RM 3,720.00, kini berbaki sebanyak RM 2,123.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Satu Ratus Dua Puluh Tiga Sahaja).
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah membuat sumbangan tersebut.
Salam untuk semua,
Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kubang Pasu (LKKPKP) kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu dan sebuah badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) telah berganding bahu mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membantu kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din Ridzuan yang menghidap sakit barah otak.
Semoga usaha yang kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringgankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa kanak-kanak berkenaan.
Oleh itu, kami merayu bagi pihak ibubapa dan adik Muhammad Qawiem Ad-Din kepada mana-mana individu, syraikat, korporat, hartawan maupun jutawan yang prihatin terhadap adik ini supaya dapat menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk kewangan, khidmat nasihat maunpun apajua yang sesuai dengannya.
Mudah-mudahan segala sumbangan yang dato/datin/tuan/puan berikan pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Terima kasih.