Wednesday, September 9, 2009

Sumbangan Terkumpul...

10 September 2009

Yang Dihormati,
Dato/Datin/Tuan/Puan Sekalian.

Makluman Jumlah Sumbangan Terkumpul

Adalah dimaklumkan bahawa pihak saya telah menerima sumbangan terkumpul hingga tarikh 10 September 2009 sebanyak RM 11,790.00 (Ringgit Malaysia : Sebelas Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja).

Jumlah sumbangan tersebut diperolehi melalui sumbangan tunai RM 2,000.00 oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Pembela dan bakinya RM 9,790.00 adalah melalui online ke akauan isteri saya.

Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah menyumbang untuk membiayai kos rawatan barah otak anak saya Muhammad Qawiem Ad-Din.

Semoga Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda kepada semua penderma sekalian.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment