Monday, August 31, 2009

Qawiem..kanak-kanak ceria...


Gambar... Muhammad Qawiem Ad-Din amat disenangi oleh sesiapapun yang mengenalinya. Kelihatan cik Norsuhaniza Ahmad, Eksekutif Pemasaran sebuah syarikat swasta mendukung eratnya ketika keluarganya berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.

Terima kasih di atas sumbangan melalui akaun bank

Sumbangan di terima lagi….

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah memberi sumbangan membantu membiayai kos rawatan Muhammad Qawiem Ad-Din melalui akuan maybank isteri saya iaitu NORHASRINA BT MOHD NOR -- NO AKAUN 152068705183 baru-baru ini.

Berikut adalah sumbangan yang diperolehi :-

28 Ogos 2009 berjumlah RM 1200.00
29 Ogos 2009 berjumlah RM 440.00

Jumlah terkumpul keseluruhan sejak blog ini diperkenalkan ialah berjumlah RM 7320.00 tidak termasuk sejumlah RM 1590.00 yang telah digunakan untuk membiayai kos rawatan pada 26 Ogos 2009 lalu.

Harap maklum. Terima kasih.

Ridzuan Musa

Pemuda PAS Kubang Pasu dan Pembela serah kutipan dana kepada adik Muhammad Qawiem Ad-Din

Gambar..YB Mohd Nasir Musttafa, Adun Kubang Rotan menyerahkan sumbangan dari jualan kupon kepada Ridzuan Musa, bapa Muhammad Qawiem Ad-Din.

Baru-baru ini di majlis berbuka puasa anjuran Urusetia Ihya Ramadhan PAS Kubang Pasu yang diadakan di Markaz PAS Teluk Malek, Jitra telah menyerahkan sumbangan kutipan jualan kupon bagi dana rawatan sakit barah otak adik Muhammad Qawiem Ad-Din.

Menurut Ridzuan Musa, bapa Muhammad Qawiem Ad-Din bahawa, pihaknya telah menerima sumbangan sebanyak RM 2000.00 di program tersebut yang disampaikan melalui YB Mohd Nasir Musatffa, Adun Kubang Rotan.

Katanya, sejak Pembela tampil membantu kami (suami-isteri)…. Alhamdulillah sedikit sebanyak telah dapat meringgankan bebanan kewangan yang ditanggung untuk membiayai kos rawatan anak kami”.

Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menghulurkan bantuan kewangan kepada kami sekeluarga.

Wednesday, August 26, 2009

QAWIEM MENJALANKAN PEMERI8KSAAN KESIHATAN BULANAN DI JABATAN NEUROSURGERI, HOSPITAL PULAU PINANG

26 Ogos 2009


Kepada,

Dato/Datin/Tuan/Puan

Dan Para Penyumbang Sekalian


Assalam mualaikum.wr.wbt.


MAKLUMAN PENGGUNAAN KOS RAWATAN PADA 25 OGOS 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami (Pembela) telah dimaklumkan secara bertulis yang dikeluarkan oleh Jabatan Neurosurgeri, Hospital Pulau Pinang bahawa adik Muhammad Qawiem Ad-Din, anak saudara Ridzuan Musa telah membuat pemeriksaan kesihatan pada 25 Ogos 2009 (2 hari lalu). Berikut adalah butir-butir berhubung pemeriksaan kesihatan tersebut :-


Nama Pesakit : Muhammad Qawiem Ad-Din Bin Ridzuan

No. K/P : 051201-02-0113

Peralatan : 1. Tissel 1ml : 1 Set

2. Duragen Plus 2x2 : 1 Pcs

Pembedahan : Posterior Fossa Craniectomy & Excision of Tumour

Jumlah Bayaran : RM 1,597.00


Ini bermakna, wang sumbangan terkumpul sebanyak RM 3,720.00, kini berbaki sebanyak RM 2,123.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Satu Ratus Dua Puluh Tiga Sahaja).


Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada dato/datin/tuan/puan yang telah membuat sumbangan tersebut.


Sekian, harap maklum.


Terima kasih. Wassalammualaikum.wr.wbt.


Yang Benar,


t.t.

Mohd Dzohir Hamid

Timbalan Presiden Pembela

Saturday, August 22, 2009

SURAT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR


Assalammualikum.wr.wbt.

Berikut adalah surat pengesahan tentang sakit barah otak yang dihidapi oleh adik Muhammad Qawiem Ad-Din bin Ridzuan yang telah di terima pada hari pertama pertemuan pihak kami (Pembela) dengan saudara Rizuan Musa, bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Semoga dengan paparan surat ini akan memberi keyakinan kepada dato/datin/tuan/puan yang ingim membuat sumbagan bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak tersebut.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.


Mohd Dzhohir Hamid
Timbalan Presiden Pembela

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Dato/datin/tuan/puan dihormati sekalian,

Hari ini (22 Ogos 2009) bermulalah hari pertama buat umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan penuh keberkatan dan kemuliaan kepada hamba Nya yang menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan.

Sehubungan itu, saya dan isteri serta Muhammad Qawiem Ad-Din dan anak-anak yang lain ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa kepada dato/datin/tuan/puan yang telah turut sama secara langsung dan tidak langsung mengenali saya sekeluarga serta memberi sumbangan untuk kos rawatan sakit barah otak anak kami (Qawiem).

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Amin.

Terima kasih.

Ridzuan Musa

Terima lagi sumbangan melalui akuan bank RM 440.00..

Para penyumbang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa melalui semakan akaun bank oleh isteri saya hari ini (22 Ogos) mendapati sebanyak RM 440.00 jumlah sumbangan telah di terima dari hamba Allah yang tidak kenali.

Dengan ini jumlah terkumpul kesuluruhan ialah sebanyak RM 3,720.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Tujuh Ratus Dua Puluh Sahaja).

Saya dan isteri serta Muhammad Qawiem Ad-Din dan anak-anak ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Semoga Allah SWT membalas jasa dan kebaikan yang telah dilakukan oleh dato/datin/puan/puan sekalian.

Terima kasih.

Ridzuan Musa

Friday, August 21, 2009

Lagi Sumbangan Di Terima Dari Masjid Teluk Ayer Tawar, Butterworth

Assalamualaikum.wr.wbt


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan imam, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli jamaah Masjid Teluk Air Tawar, Butterworth yang telah sudi membuat kutipan untuk membantu menampung kos rawatan Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak pada hari ini (21 Ogos 2009).


Jumlah kutipan yang diperolehi ialah sebanyak RM 180.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lapan Puluh Sahaja). Dengan sumbangan yang saya terima hari ini maka jumlah yang telah terkumpul ialah sebanyak RM 3280.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja).


Semoga sumbangan dan kerjasama yang telah dilakukan oleh tuan-tuan akan diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT.


Sekian. Terima kasih.


Ridzuan Musa

Thursday, August 20, 2009

Kehidupan Qawiem....

Kasih Ibu......

Kad Jamuan dan Sumbangan Khas Untuk Adik Qawien

Bantuan anda amat dihargai

Assalammualaikum.wr.wbt.


Saya (Ridzuan Musa) bapa kepada Muhammad Qawiem Ad-Din ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada webmaster, pengendali media online iaitu Tranungkite, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie yang telah sudi menyiarkan berita tentang Muhammad Qawiem Ad-Din yang menghidap sakit barah otak.


Di samping peranan media online, saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan padu dan kerja kuat Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kubang Pasu, Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu serta Pembela (Ngo) yang telah banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada saya dan isteri.


Sesungguhnya dengan adanya bantuan oleh media online serta LKKPKP, DPPKP dan Pembela, pihak kami telah berjaya mendapat sejumlah sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk menampung kos rawatan bagi anak kami iaitu Muhammad Qawiem Ad-Din.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Daripada :-

Ridzuan Musa dan Norhasrina Mohd Nor.

Jualan Kupon Majlis Berbuka Puasa Untuk Sumbangan Kos Rawatan Qawiem

Bandar Darulaman, 20 Ogos - Lajnah Kebajikan dan Kemasayarakatan PAS Kubang Pasu (LKKPKP)kerjasama Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu (DPPKP) dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) melancarkan kutipan derma khas untuk mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan sakit barah otak yang dihidapi oleh adik Muhammad Qawiem Ad-Din Bin Ridzuan bermula hari ini.


Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa pihak mengadakan kerjasama dengan LKKPKP dan DPPKP menjual kupon majlis Berbuka Puasa bagi mengumpulkan dana membantu kos rawatan adik Qawiem.


Katanya, semua kos berkaitan majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Pembela dengan kerjasama LKKPKP dan DPPKP dan tidak menyentuh langsung dari kutipan jualan kupon tersebut”.


“Ini kerana menjadi hasrat Pembela dan LKKPKP dan DPPKP sememangnya ingin membantu mencari sumber dana kepada adik Qawiem maka segala kos yang berkaitan penganjuran tersebut diperolehi dari sumber lain, katanya.


Dzohir memberitahu bahawa pihaknya telah mencetak sebanyak 500 kupon yang bernilai RM 10.00 setiap satu yang mula diedarkan pada petang tadi (20 Ogos) melalui sukarelawannya.


Majlis berbuka puasa tersebut akan diadakan pada 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430, bertempat di Markaz PAS Cawangan Teluk Malek, Jitra, bermula pada jam 5.30 petang hingga 8.30 Malam. Tetamu jemputan yang akan hadir ialah YB Mohd Nasir Mustaffa, Adun Kubang Rotan juga merupakan Wakil Rakyat kepada ibubapa Muhammad Qawiem Ad-Din.


Katanya lagi, majlis tersebut turut disertai oleh adik Muhammad Qawiem Ad-Din dan kedua ibubapanya yang akan menerima sumbangan hasil kutipan jualan kupon tersebut.


Sehubungan itu, Mohd Dzohir merayu kepada seluruh masyarakat yang berkemampuan dan prihatin tentang masalah kesihatan yang menimpa adik Qawiem supaya dapat menghulurkan sumbangan mereka samada melaluinya ataupun disumbang terus melalui akaun bank puan Norhasrina Bt Mohd Nor – Maybank, No Akaun 152068705183.


MAKLUMAN JUMLAH SUMBANGAN


20 Ogos 2009


Yang Dihormati,

Dato/Datin/Tuan/Puan


Assalammualaikum.wr.wbt. dan salam hormat,


Pertamanya, saya Ridzuan Musa dan Norhasrina Mohd Nor selaku ibubapa kepada Muhammad Qawiem Ad-Din ingin merakamkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada dato/datin/tuan/puan yang telah sudi menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu membiayai kos perubatan anak kesayangan kami.


Sebagai makluman kepada dato/datin/tuan/puan sekalian sehingga ke tarikh surat ini di buat (20 Ogos) jumlah sumbangan kewangan yang telah di terima ialah sebanyak RM 3,100.00 (Ringgit Malaysia; Tiga Ribu Satu Ratus Sahaja) iaitu melalui akaun isteri saya (Norhasrina Mohd Nor – Maybank, No Akaun 152068705183).


Saya juga ingin memaklumkan bahawa semua wang sumbangan yang di terima oleh kami akan digunakan sepenuhnya untuk pembiayaan kos rawatan Muhammad Qawiem Ad-Din.


Akhirnya, di atas sumbangan ikhlas dari dato/datin/tuan/puan tersebut saya dan juga isteri sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih. Saya dan isteri juga mewakili Muhammad Qawiem Ad-Din memanjat doakan kehadrat Allah SWT semoga membalas di atas jasa dan kebaikan yang telah dilakukan tersebut.


Sekian. Terima kasih.


Wassalam mualaikum.wr.wbt.



Yang Benar,


tt

………………..

Ridzuan Musa

GAMBAR...Qawiem terlantar di Hospital Pulau Pinang setelah menjalani pembedahan di bahagian kepala

QAWIEM, mencuba amalkan susu Gluco LPD Plus sebagai rawatan alternatif




Adik Muhammad Qawiem adalah seorang anak yang dilahirkan sempurna sama seperti kanak - kanak lain. Malah pertumbuhan adik Qawiem sama saja seperti kanak – kanak yang sebaya dengannya. Kelincahannya menggembirakan hati sesiapa saja yang melihatnya.

Namun begitu sewaktu usianya melangkau tiga tahun bapa dan ibunya mendapati ada terdapat bengkak dibahagian kepalanya. Melihatkan keadaan adik Qawiem yang sentiasa gembira bermain bagai menggambarkan seolah – olah tiada apa yang dideritainya. Malah menurut ibunya adik Qawiem tidak pernah mengadu sakit disebabkan benjolan tersebut sehingga ianya semakin hari semakin membesar.

Pada 18 julai 2009 adik Qawiem telah dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami penyakit Posterior fossa tumour atau ketumbuhan di dalam otak. Namun begitu, pada 19 julai 2009 dia telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bahagian Pakar Pembedahan Otak untuk pembedahan. Pembedahan dilakukan pada 22 julai 2009 dan setelah menunjukkan pemulihan yang positif dia dibenarkan pulang pada 29 julai 2009.

Walaupun pembedahan kali pertama telah dilakukan, namun usaha untuk merawatnya perlu diteruskan sehingga 5 tahun.

Menurut Ridzuan Musa, bapa kanak-kanak tersebut, doktor Hospital Pulau Piang yang merawat anaknya telah memberitahu bahawa dia (anaknya) perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan secara konsisten selama 5 tahun termasuklah rawatan kimoterapi”.

Ridzuan berkata, “memandangkan usia anak saya masih kecil (3 tahun)…. Saya juga cuba mendapat nasihat dari beberapa orang termasuk yang pernah mengalami terapi kimoterapi, maka saya dan isteri telah mengambil keputusan menangguhkan rawatan kimoterapi tersebut dan mencuba kaedah perubatan alternatif”.

“Mudah-mudahan ia sebagai ikhtiar yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT, katanya.

Di dalam pencariannya mencuba rawatan alternatif tersebut, dia telah diperkenalkan oleh rakannya kepada produk Gluco LPD Plus iaitu sejenis susu kesihatan yang dirumus dari kolostrum gred tinggi dan bahan-bahan lain.

Katanya, buat pertama kalinya saya mengambil keputusan memberi minum susu Gluco LPD Plus kepada Qawiem sebagai suatu ikhtiar, memandanggkan untuk terus menerus mendapatkan rawatan dari pihak hospital terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar”.

Susu tersebut telah disumbangkan secara percuma oleh syarikat DBY Trade Corporation Sdn.Bhd. yang berpengkalan di Jitra, Kedah.

“Walaupun tiada jaminan oleh dari syarikat berkenaan, kami (Ridzuan dan isterinya) telah memberi minum setiap hari sebungkus (15 gram sebungkus) yang dicampur dengan air mineral yang disuamkan pada waktu pagi, katanya.

“Alhamdulillah….setelah 3 hari mengamalkan susu tersebut, Muhammad Qawiem yang sebelum ini susah untuk membuang air besar tidak lagi menghadapi masalah, malah najis yang keluar seolah-olah berminyak dan busuk”, katanya lagi.

Ridzuan menambah lagi, setelah beberapa hari mengamalkan susu tersebut, perkembangan kesihatan Muhammad Qawiem agak positif. Dia kelihatan cergas…. boleh menari dan aktif “.

Namun begitu, “Qawien tetap akan di bawa berjumpa doktor setiap bulan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kecuali kimoterapi, katanya lagi.

Monday, August 17, 2009

Mohon bantuan perubatan barah otak kanak-kanak 3 tahun

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKKP), PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akan menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din, 3 tahun yang menghidap sakit barah otak.

Menurut Setiausaha LKKKP, Hj Hashim Abu bahawa, pihaknya telah ditemui oleh ibubapa serta kanak-kanak (Muhammad Qawiem) yang menghidap barah otak di pejabat Pembela awal minggu ini memohon sumbangan pembiayaan rawatan kerana tidak lagi mampu untuk disediakan.

Sehubungan itu, LKKKP kerjasama Pembela akan melancarkan kutipan dana tersebut bermula hari ini (18 Ogos) selama 10 hari untuk diserahkan kepada waris kanak-kanak tersebut yang akan mengadakan siri rawatan sehingga 5 tahun.

Hj. Hashim berkata, pihaknya rasa terpanggil mengambil inisiatif mencari sumber kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak, memandang ibubapanya tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kanak-kanak tersebut”.

“Usaha yang dilakukan ini adalah di atas kesedaran, juga melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan ke atas mana-mana individu yang ditimpa masalah seperti kanak-kanak tersebut, katanya.

Katanya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut juga memaklumkan kepada pihaknya bahawa masalah kesihatan yang dihidapi oleh anaknya adalah amat serius dan perlu mendapatkan rawatan segera dan intensif selama 5 tahun dan kos rawatan perlu disediakan sendiri”.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Qawiem iaitu Ridzuan Musa berkata, anaknya mula diketahui menghidap barah otak setelah membuat pemeriksaan dan rawatan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) Alor Setar pada pertengahan Julai tahun ini.

“Apabila mendapat tahu bahawa anak saya menghidap barah otak… pihak HBS telah memindahkan kes anak saya ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) bahagian Pakar Pembedahan Otak untuk membuat rawatan lanjut, katanya.

Katanya, setiap kali menjalani rawatan di HBPP, saya kena menyediakan sejumlah wang bagi menampung kos rawatan tersebut…. pendapatan saya hanya sekitar RM 800 sebulan”.

“Pendapatan saya kecil dan tak cukup.. wang gaji tersebut juga digunakan untuk menyara makan-minum serta persekolahan tiga orang anak lagi, katanya kepada wakil LKKKP dan Pembela di Jitra.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid yang ditemui di pejabatnya berkata, pihaknya akan melancarkan kutipan derma dengan LKKKP bermula 18 Ogos bagi membantu kanak-kanak tersebut”.

“Kutipan derma tersebut akan di buat dalam pelbagai bentuk seperti jualan kupon jamuan berbuka puasa, berkerjasama dengan pihak masjid membuat kutipan kilat ketika solat Jumaat, di samping akan mengutip dari orang ramai di tempat-tempat awam, katanya.

Dzohir berkata, “Insya allah semua kutipan sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada ibubap dan kanak-kanak tersebut pada 28 Ogos (7 Ramadhan) depan.

Oleh itu, mana-mana individu yang ingin membantu meringgan bebanan yang ditanggung oleh ibupada kanak-kanak barah otak tersebut boleh menghubungi di talian (019-4980230 / 019-4106863) ataupun berurusan terus dengan Ridzuan Musa bapa kepada kanak-kanak tersebut di talian ( 013-505 8847 ).atau boleh terus masukkan sumbangan anda ke no Akaun Maybank : 152068705183 di atas nama NORHASRINA BT MOHD NOR --