Thursday, August 20, 2009

Jualan Kupon Majlis Berbuka Puasa Untuk Sumbangan Kos Rawatan Qawiem

Bandar Darulaman, 20 Ogos - Lajnah Kebajikan dan Kemasayarakatan PAS Kubang Pasu (LKKPKP)kerjasama Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu (DPPKP) dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) melancarkan kutipan derma khas untuk mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan sakit barah otak yang dihidapi oleh adik Muhammad Qawiem Ad-Din Bin Ridzuan bermula hari ini.


Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa pihak mengadakan kerjasama dengan LKKPKP dan DPPKP menjual kupon majlis Berbuka Puasa bagi mengumpulkan dana membantu kos rawatan adik Qawiem.


Katanya, semua kos berkaitan majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Pembela dengan kerjasama LKKPKP dan DPPKP dan tidak menyentuh langsung dari kutipan jualan kupon tersebut”.


“Ini kerana menjadi hasrat Pembela dan LKKPKP dan DPPKP sememangnya ingin membantu mencari sumber dana kepada adik Qawiem maka segala kos yang berkaitan penganjuran tersebut diperolehi dari sumber lain, katanya.


Dzohir memberitahu bahawa pihaknya telah mencetak sebanyak 500 kupon yang bernilai RM 10.00 setiap satu yang mula diedarkan pada petang tadi (20 Ogos) melalui sukarelawannya.


Majlis berbuka puasa tersebut akan diadakan pada 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430, bertempat di Markaz PAS Cawangan Teluk Malek, Jitra, bermula pada jam 5.30 petang hingga 8.30 Malam. Tetamu jemputan yang akan hadir ialah YB Mohd Nasir Mustaffa, Adun Kubang Rotan juga merupakan Wakil Rakyat kepada ibubapa Muhammad Qawiem Ad-Din.


Katanya lagi, majlis tersebut turut disertai oleh adik Muhammad Qawiem Ad-Din dan kedua ibubapanya yang akan menerima sumbangan hasil kutipan jualan kupon tersebut.


Sehubungan itu, Mohd Dzohir merayu kepada seluruh masyarakat yang berkemampuan dan prihatin tentang masalah kesihatan yang menimpa adik Qawiem supaya dapat menghulurkan sumbangan mereka samada melaluinya ataupun disumbang terus melalui akaun bank puan Norhasrina Bt Mohd Nor – Maybank, No Akaun 152068705183.


No comments:

Post a Comment